Pendidikan Seks: Perkara Pertama Yang Anda Perlu Ajar Pada Anak Mengenai Hubungan Seks

Sekarang, perkara yang paling merisaukan kita semua adalah pergaualan bebas di antara lelaki dan yang semakin tidak terbendung. Akhirnya, ia menyebabkan aktiviti zina semakin meningkat. Tidak perlu kita salahkan sesiapa kerana perkara yang telah terjadi tetap terjadi.

Apa yang perlu kita lakukan adalah perbaiki kesilapan kita dan jadikan diri lebih baik supaya orang boleh mencontohi diri kita. Antara usaha yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan aktiviti zina semakin berleluasa adalah mengajar anak kita mengenai seks.

Anak – anak jika mereka belajar sendiri, mereka akan jadi ego dan tidak akan dengar cakap kita. Sebab itu ramai anak – anak sekarang bersikap kurang ajar dengan ibu bapa mereka kerana mereka perasan diri mereka lebih pandai dari ibu bapa mereka.

Untuk tundukkan ego anak – anak kita, kita sendiri yang perlu ajar mereka mengenai kehidupan. Jika kita mahu jaga anak kita dari terlibat dengan aktiviti zina, kita sendiri yang perlu ajar mereka. Anak anda perlu tahu bukanlah satu hubungan yang mereka boleh buat sewenang – wenangnya.

Mereka perlu tahu bahawa hubungan seks adalah hubungan kelamin di antara dan isteri, bukannya antara girlfriend dan boyfriend. Oleh itu, perkara pertama yang anda perlu ajar pada anak anda mengenai hubungan seks adalah ia adalah berdosa jika mereka lakukannya tanpa ada ikatan perkahwinan.

Tanamkan rasa takut dalam jiwa anak – anak anda untuk melakukan hubungan seks tanpa ikatan yang sah. Untuk tanamkan rasa takut, anda boleh ceritakan pada anak – anak anda akibat jika mereka lakukan hubungan seks tanpa ada ikatan yang sah.

Antara akibat yang anda boleh cerita adalah masa hadapan yang gelap jika tertangkap, siapa nak jaga anak hasil zina?, boleh masuk penjara dan kata anda tidak akan tolong mereka jika mereka tertangkap melakukannya.

Ianya tidak berkesan jika anda hanya berpesan pada anak – anak anda sekali sahaja. Anda perlu sentiasa memberi pesan pada anak anda. Kalau boleh, anda, pada setiap masa sehinggakan mereka sudah boleh hafal apa yang anda hendak cakapkan. Bagi anak anda lelaki, ajar mereka untuk hormati perempuan dan jangan sentuh mereka tanpa ikatan yang sah. Bagi anak perempuan, ajar mereka cara hendak jaga maruah diri mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!