Penyakit kelamin adalah penyakit yang menyerang alat kelamin atau penyakit yang boleh tersebar melalui hubungan seks. Contoh penyakit kelamin adalah Aids, Sifilis, Gonorea dan Herpes. Kebiasanya, penyakit kelamin jarang terdapat pada pasangan suami isteri yang setia antara satu sama lain.
Penyakit kelamin banyak di jangkiti mereka yang mengamalkan seks bebas, melanggan pelacur dan melakukan seks di luar tabie seperti melalui dubur dan seks oral yang tidak bersih. Walaubagaimanapun, penyakit – penyakit kelamin juga boleh tersebar melalui pertukaran bendalir badan seperti pertukaran air liur ketika bercium atau pertukaran darah.
Penyakit kelamin juga adalah sangat bahaya dan boleh menyebabkan maut jika tidak di cegah dengan lebih awal. Contohnya penyakit HIV yang boleh menyebabkan badan anda jadi tersangat lemah dan akhirnya mati kerana sistem pertahanan badan lumpuh.
Untuk mencegah penyakit kelamin dari menjangkiti diri anda, anda boleh ikut tips di bawah
-
-
- Jangan sesekali mengamalkan seks bebas kerana sekali anda lakukannya, sangat susah untuk anda keluar dari alam seks bebas. Seks bebas akan menyebabkan anda mendapat pelbagai penyakit yang tidak anda sangka – sangka. Jangan gadaikan nyawa anda hanya untuk kenikmatan sementara.
- Sentiasa bawa anda dan pasangan anda untuk adakan pemeriksaan di doktor. Ketika berjumpa doktor, anda belajar dari dia mengenai pencegahan penyakit kelamin.
- Sentiasa lakukan hubungan seks dalam diri yang bersih. Jangan lakukan seks oral tanpa membersihkan dahulu alat kelamin anda dan pasangan anda.
- Sentiasa berhati – hati apabila berhubungan dengan mereka yang ada penyakit kelamin kerana penyakit kelamin boleh tersebar melalui bendalir badan atau jika anda tersentuh tempat jangkitan mereka.
- Jangan melanggan pelacur kerana peluang untuk anda di jangkiti penyakit kelamin adalah sangat tinggi melalui seorang pelacur.
-
Ramai pasangan berkahwin dan setia antara satu sama lain tidak menghidap penyakit kelamin yang serius melainkan di sebabkan jangkitan kuman kerana tidak menjaga kebersihan ketika melakukan hubungan seks. Oleh itu, kawal diri anda dan elakkan dari melakukan perkara – perkara yang boleh menyebabkan anda di jangkiti penyakit kelamin. Kondom tidak dapat melindungi anda.
