Ramai ibu bapa sekarang rasa malu–malu untuk mengajar anak mengenai hubungan seks atau merasakan pelajaran tersebut adalah tidak perlu untuk di ajar pada anak mereka. Anak–anak ini adalah seorang manusia sama seperti anda, mereka ada perasaan ingin tahu. Daripada mereka tahu dari sumber yang meragukan, lebih baik mereka tahu dari mulut anda sendiri.
Adalah penting untuk anak–anak belajar maklumat mengenai seks daripada anda supaya mereka tahu perkara yang sebenar kerana anak-anak biasanya lebih percayakan ibu bapa mereka dari orang lain.
Maklumat mengenai hubungan seks adalah ilmu kehidupan dan apabila kita berkata mengenai kehidupan, ia perlulah di ajar pada masa yang tepat dan pada tempat yang tepat. Contohnya, apabila mereka bertanya pada anda mengenai hubungan seks, itu tandanya sudah sampai masanya untuk mereka tahu serba sedikit mengenai hubungan seks. Jika anda tidak jawab soalan mereka, mereka akan cari jawapan dari orang lain dan ia akan merugikan anda kerana mereka mungkin akan dapat jawapan yang tidak betul dan tepat.
Selain mengajar anak anda ketika mereka tanya, anda juga boleh dekati mereka dan ajar apabila tiba masanya. Contohnya apabila anda melihat anak anda berkawan dengan wanita atau bercinta monyet dengan rakan sekolahnya. Ketika ini, anda ceritakan kepada anak anda mengenai hubungan seks dan larang anak anda dari membuat dosa. Contoh lain adalah anda ajar anak anda ketika dia masuk umur akil baligh.
Anak–anak perlu di beri maklumat yang betul mengenai hubungan seks supaya mereka tidak tersilap langkah. Adakan kerjasama dengan pasangan anda. Contohnya ayah mengajar anak lelaki dan ibu mengajar anak perempuan.
Anda tidak perlu rasa malu untuk memberi maklumat mengenai hubungan seks kepada anak anda kerana ia adalah salah satu tugas ibu bapa untuk memberi maklumat yang betul kepada anak–anak anda. Anda perlu ingat , anak-anak yang tidak di ajar akan berdikari mencari maklumat sendiri dan akibatnya mungkin mereka akan mencuba sendiri daripada sabar melakukannya ketika berkahwin kelak.