Pendidikan Seks: Konsep Hubungan Seks Yang Anda Perlu Faham

Sebelum anda mahu melakukan dengan pasangan anda, anda perlu faham konsepnya dahulu. Semua perkara di dunia ada konsepnya yang tersendiri. Contohnya konsep makan makanan adalah untuk bekalan tenaga. Jadi, kita perlu makan untuk hidup bukannya hidup untuk makan.

Jika kita faham sesuatu konsep, hidup kita akan lebih bahagia dan teratur. Contohnya jika kita makan hanya untuk bekalan tenaga, kita akan sentiasa sihat kerana tidak makan berlebihan atau makan makanan yang tidak sihat.

Untuk membantu anda peroleh kebahagiaan dari hubungan seks, artikel ini akan mengajar anda konsep hubungan seks. Hubungan seks di lakukan kerana rasa cinta antara suami dan isteri. Selain itu hubungan seks juga adalah keperluan bagi setiap manusia untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik.

Tanpa rasa cinta, anda tidak akan rasa puas ketika melakukan hubungan seks. Ini kerana tanpa rasa cinta, anda akan pentingkan diri ketika melakukan hubungan seks. Secara tidak langsung, anda tidak dapat beri yang terbaik pada pasangan anda dan pasangan anda juga tidak dapat beri yang terbaik pada anda.

Jika anda lakukan hubungan seks kerana kononnya mahukan , anda tidak akan menepati konsep sebenar hubungan seks iaitu hubungan kerana rasa cinta. Akibatnya, anda akan hadapi masalah di kemudian hari. Contohnya anda lakukan hubungan kerana nafsu dan anda berzina. Akibatnya anda mungkin akan di malukan apabila di tangkap basah. Contoh lain adalah perasaan penyayang anda hilang secara perlahan–perlahan dari jiwa anda.

Bagi yang selalu melakukan hubungan seks secara sambil lewa, anda perlu faham hubungan seks boleh beri kesan kepada kedua – dua pasangan. Jika anda lakukan hubungan seks dengan bersungguh – sungguh, badan anda akan akan sihat manakala hubungan seks yang sambil lewa akan membawa penyakit pada badan anda.

Ini kerana hubungan seks yang baik akan hilangkan tekanan di dalam diri dan jika hidup tanpa tekanan, anda akan tenang dan badan anda juga akan sihat. Hubungan seks yang sambil lewa akan menyebabkan anda rasa tidak puas. Akhirnya anda akan rasa tertekan dan perasaan tertekan akan beri penyakit pada badan.

Fahami konsep hubungan seks iaitu melibatkan rasa cinta dan kesungguhan ketika melakukannya, InsyaAllah kehidupan anda akan jadi lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!