Apa Yang Kita Perlu Buat Ketika Nafsu Onani Datang?

Nafsu memang sudah ada di dalam diri kita. Jadi, hendak atau taknak kita perlu lawan dan kawal kita pada setiap masa. Jika kita biarkan nafsu menguasai diri kita, kita akan kalah dan tewas. Kesan utama yang kita terpaksa terima ketika kita tewas pada nafsu adalah kita akan mula melebihkan perkara negatif daripada perkara positif.

Berbalik kepada persoalan asal, apa yang kita perlu buat ketika datang ?

Apabila nafsu untuk melakukan datang, apa yang anda perlu segera lakukan adalah kawal cara anda berfikir. Terus ucap istighfar dan minta ampun dari Allah taala. Kemudian berdoa,

‘ya Allah aku tidak mahu lakukan onani, berilah aku kekuatan untuk aku menentang perasaan melakukan onani ini.’

Anda bebas untuk berdoa dengan apa sahaja doa. Namun, tujuan utama doa adalah anda minta pertolongan dari Allah taala untuk memberi anda kekuatan. Selepas berdoa, anda lihat pada diri anda.

Anda senaraikan perkara kenapa anda ada rasa ingin melakukan onani? Setiap perkara terjadi ada sebabnya. Jadi apakah sebab anda rasa ingin melakukan onani?

Selepas anda senaraikan sebab, anda perbaiki diri anda satu persatu berdasarkan senarai sebab yang anda senaraikan.

Contohnya anda senaraikan sebab kenapa anda selalu rasa ingin lakukan onani adalah kerana anda selalu melihat atau menonton bahan porno. Anda perbaiki diri anda dengan menghalang diri anda daripada menonton bahan porno.

Apabila anda berjaya halang punca anda ingin melakukan onani, rasa ingin melakukan onani akan hilang serta merta. Bagi mereka yang ketagih melakukan onani, rasa onani akan terus menyerang anda. Namun, sentiasa tahan dan halang punca yang menyebabkan anda rasa ingin onani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!